inilah dunia ku...

ingin ku berkongsi cerita.. suka dan duka....
-----------------------------------------------------

Tuesday, November 07, 2006

08112006



dah lebih sebulan tak tulis apa2 dlm blog nie...
baru la nak stabil balik hidup aku nie..
macam2 yg berlaku dalam hidup aku dalam masa sebulan nie...
anak2 demam, sorang masuk wad, sorang lagi muntah2...
aku pun berusaha menjaga kesihatan...
bila rasa nak demam je, terus telan panadol 2 bijik...
tak nak bagi diri sendiri demam...

baru minggu nie aku masuk keje...
maklumlah bila dh lama tak keje, nk carik mood tu kemain lagi payahnya...
keje pulak melambak...
punya la byk memo atas meja aku...
tension!!

aku dah mula hantar anak aku yang sulung, nuryn ke nurseri..
dah masuk hari kedua.. nangis lagi...
dia belum lagi dapat sesuaikan diri....
aku pulak yg psycho...
nuryn nangis kat nurseri, mama dia nangis kat opis...
ahakss....

myla hari nie ada kat umah... mak aku jaga...
mak sanggup dtg dari seremban untuk stay umah aku semata2 nk jaga anak aku...
hubby aku takde bulan nie... sambung course kat bangi...
mengenangkan aku susah nak handle 2 anak dalam satu masa, mak aku sanggup berkorban...

besar sungguh jasa mak aku.... tak dapat aku balas segala pengorbanan yang mak aku hulurkan...
dah kawen anak dua pun aku masih menyusahkan mak...
mak... angah sayang mak sangat2.....
hanya ALLAH saja yang dapat membalas jasa mak pada angah...

Tuesday, October 10, 2006

11102006

pukul 5.40 pagi..
hari ini, maka genap seminggu lagi aku akan mula bekerja semula..
selepas 60 hari cuti bersalin...

macam2 aku rasa.. tak sabar ada, malas pun ada...
maklumla.. dah lama sangat cuti...
tak sabar sebab nak jumpa balik kawan2...
malas sebab lepas nie nak kena kerja balik...
tapi takpe... 3 hari kerja, pastu cuti balik... cuti raya!!

daa...
end.

Thursday, October 05, 2006

06102006

pukul 5.45 pagi..
baru lepas sahur..
frankly speaking, ini hari pertama aku puasa untuk tahun ini, walaupun hari ini dah 13 Ramadhan...
maklumlah, baru habis pantang... :)

myla tak sihat sangat.. asyik muntah malam tadi.. n tak lena tido..
aku nie pun ngantuk sesangat... nk solat subuh jap g, pastu nak sambung tido, sementara myla tgh tido...
nuryn? hmm.. lena diulit mimpi....

daaa....
end.

Wednesday, October 04, 2006

diari pertama - 04102006



salam...

pengenalan kepada blog pertama...

aku, seorang isteri, seorang ibu...

hari ini hari ke 48 aku dalam pantang.. anak kedua.. puteri kedua...
Hana Karmylla diberi nama.. selepas Nuryn Hana Camylea...

Nuryn skg dah berusia 2 tahun 10 bulan.. Disember ini usianya genap 3 tahun.. 21 hb..

aku skg sangat bahagia.. bersama keluarga tercinta.. suamiku, amat memahami..
dan penyayang.. dan yang paling aku hargai, sifat penyabarnya..
tahun ini, adalah tahun ke5 usia perkahwinanku.. masih mentah, tapi cukup membahagiakan...

cukup dulu untuk kali ini..