inilah dunia ku...

ingin ku berkongsi cerita.. suka dan duka....
-----------------------------------------------------

Sunday, January 18, 2009

19012009 - Isnin

takde apa nk tulis.. cuma hari nie kena stay kt umah sbb nuryn tak sihat... kena viral fever... nk anto g nurseri tak sampai hati.. kesian lak.. takpelah duk umah je hari nie.. tgk dia pun dh makin ok.. lepas mkn antobiotik, barulah nampak ada perubahan sket.. dah demam macam nie, terpaksalah ponteng sekolah.. nie dah sah sah 2 hari kena ponteng nie.. sian kakak... baru je dua minggu sekolah, dah kena ponteng pulak..

minggu depan dah cuti raya cina.. cuti isnin dan selasa.. takleh sambung cuti sebab ISO Audit.. aduss... tension gak... famili aku plan nk ke terengganu... aku lak takleh ikut.. tp mak nak bawak nuryn itupun kalau dia sihat... insya-Allah..

Sunday, January 11, 2009

Anak oh anak..

Nuryn - puteri pertama

Mylla - puteri kedua..

dah 2 tahun aku tak tulis apa2 pun kt blog... kesibukan kerja dan menguruskan rumahtangga, dengan belajar lagi.. sudah cukup melelahkan... namun aku bahagia, dengan anak2 yang semakin membesar... dan semakin cerdik...

kakak, dah sekolah tadika.. adik, dah mula mulut bising.. dah mula pandai bercakap..

aku sbnrnya baru je terbaca kisah mamazulaikha.. yang kehilangan anaknya gara2 kecuaian dan sifat tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh...
to mamazulaikha, andai terbaca tulisan ini, bersabarlah... dan berdoalah semoga ALLAH mempermudahkan segala usaha menuntut keadilan buar Arwah...

peristiwa yang betul2 menyentuh perasaan aku...

pada 7/01/09 yang lepas, seorang rakan sekerja aku mengalami satu peristiwa yang takkan dpt dilupakan sepanjang hayat.. berlaku di nurseri, anaknya didapati dalam keadaan muka yang lebam lebam dan berdarah.. dia mengetahuinya pada saat dia sendiri menjenguk anaknya di situ.. untuk penetahuan semua, nurseri tu terletak di bawah bangunan tempat aku kerja.. masa tu anaknya sedang mengamuk dan menangis dengan muka yang lebam dan ada kesan darah..

aku sendiri melihat kesan2 lebam itu dimuka anak itu.. aduhai.. aku yg bukan emaknya pun mengalirkan air mata bila menatap wajah anak itu.. terus aku sendiri yg membawanya ke klinik...

tapi, bila dibawa kes ke hospital, doktor mengesahkan yang itu bukan perbuatan budak kecil, tapi perbuatan orang dewasa... jadi, sangkaan pertama bhw perbuatan tu adalah perbuatan budak2 yang duduk sebilik dengannya, salah sama sekali.. yang terlintas di kepala, adalah perbuatan pengasuh itu sendiri...

jadi, rakan aku itu dan suaminya tekad melaporkan kes ini kepada polis, dan skg masih dlm siasatan..

yang mengharukan aku ialah, anak itu skg mengalami trauma.. ada masanya, mengadu sakit sakit, mengadu takut takut dan ada masanya, mahu mencakar muka ibunya... skg nie rakan aku juga turut mengalami trauma itu..

aku sendiri, bila balik ke rumah dan menatap wajah anak2 ku, terbayang pulak seandainya perkara buruk ini berlaku pada mereka... na'uzubillah....

bila terjadi 2 kes ini, aku terfikir... ke mana lagi tempat yang selamat untuk kita letakkan anak2 kita sementelah kita bekerja? apakah sekarang ini makin ramai manusia yang hanya bertopengkan manusia, sedangkan dia adalah syaitan yang bersifat seperti israel??

ya Allah... begitu bersusah payahnya seorang ibu mengandungkan dan melahirkan.. sihat walafiat ketika dilahirkan.. selepas bbrp lama hidup bersama, dengan sekelip mata anak itu pergi untuk selama2nya!! payahnya aku membayangkan keperitan ibu2 ini...

aku rasa, skg nie ibu bapa perlu lebih prihatin untuk memilih tempat yang selamat untuk kita tinggalkan anak2 kita waktu kita kerja... bukan pada sembarangan tempat.. kita sbg ibu bapa, berhak mendptkan tempat yang terbaik untuk anak2 kita..

marilah kita bersama2 berdoa dan lakukanlah yang terbaik untuk anak kita.. ameen..