inilah dunia ku...

ingin ku berkongsi cerita.. suka dan duka....
-----------------------------------------------------

Wednesday, June 10, 2009

11062009 - Secebis penghargaan...

Semalam, aku rasa seperti ingin menulis sesuatu di sini... Pagi ini, aku cuba menulis, untuk tatapan semua..

Bulan Disember 2005, aku memulakan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Teknologi MARA..

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, atas keizinanNya, aku akhirnya berjaya menamatkan pengajianku.. terlalu banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi sepanjang perjalanan ini.. dan aku seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada insan-insan tersayang, saudara-mara, kawan-kawan ku dan semua pensyarah yang telah banyak membantu aku selama perjuangan ini belum selesai...

Kepada suami ku yang tercinta, Mohd Hezli bin Md Tahir, terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa abang selama ini.. saya tahu, abang banyak berkorban masa dan tenaga dalam membantu saya menamatkan pengajian saya... menjaga kedua2 puteri kita, melayan karenah mereka siang dan malam, sementelah mamanya sibuk dengan pelajaran... Terima kasih, abang..

Buat anak2 ku, Nuryn Hana Camylea, mama sangat sayangkan kakak... kakak banyak tolong mama dan papa jaga adik.. terima kasih sayang...
Hana Karmylla.. mama mengandungkan mu masa mama memulakan pengajian mama.. banyak dugaannya, sayang... dan segalanya berbaloi...

Mak dan ayah, angah sangat berterima kasih atas semua sokongan dan doa.. mak ayah banyak memberikan semangat untuk angah menghadapi segala dugaan dan cabarannya... Adik-adik, Ogy dan Shima, juga terima kasih sebab sentiasa memahami keadaan angah... untuk keluarga along juga, kak long, dan semua anak saudara yang sangat-sangat mak ngah sayangi... juga untuk saudara-mara yang turut memberikan sokongan..
Untuk mama dan abah, terima kasih atas doa dan pengertian yang diberikan...

Di saat-saat aku menghabiskan dissertation ku, aku dan keluarga ditimpa musibah.. Musibah yang berlaku di bulan februari itu, akan aku ingat sampai bila2... aku hampir berputus asa, kecewa dengan apa yang berlaku, dan lebih memilukan, aku trauma dengan kejadian itu... namun, dengan sokongan semua insan-insan di sekeliling ku, aku bangun... itulah yang menjadikan aku lebih bersemangat untuk menamatkan pengajian... aku tak mahu tangguhkannya lagi.. dan aku tekad untuk tidak mengalah pada keadaan... sesungguhnya, sokongan daripada semua pihak mengembalikan aku semangat yang hampir hilang itu... terima kasih semua.....

Banyak pengalaman yang aku tempuhi selama lebih 3 tahun melanjutkan pelajaran.. suka dan duka silih berganti.. penat dan lelah aku tempuhi... dengan beban kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi, dengan keluarga yang memerlukan perhatian, dengan pelajaran yang memerlukan usaha...

Kini, aku sudah mampu menarik nafas lega... segalanya sudah berakhir... Alhamdulillah...
Akhir sekali, terima kasih semua... terima kasih banyak-banyak... tak dapat ku balas jasa anda semua... hanya doa yang mampu aku berikan, semoga anda semua dirahmati dan diberkati...

2 comments:

  1. kak ina,CONGRATSSSS!!!!

    ketabahan akak akan menjadi inspirasi saya.doakan saya cepat2 buat master yerh..hiihihi..

    ReplyDelete