inilah dunia ku...

ingin ku berkongsi cerita.. suka dan duka....
-----------------------------------------------------

Thursday, May 20, 2010

21.05.10

21.05.10

its already 31 weeks... baby semakin lasak dlm perut nih... semakin hari, semakin mama tak larat... tapi gagahkan jugak pegi keje... kan bagus kalau dpt cuti sebulan tanpa rekod... huhu...

Tuesday, May 18, 2010

dilema..

18.05.2010

dilema seorang ibu.... dlm memahami personaliti anak-anak... dalam menghadapi kerenah anak-anak... nyata, aku masih memerlukan masa... untuk menjadi seorang ibu yang penuh dengan pengertian... kasih sayang?.. tiada siapa wajar mempersoalkan betapa kasih dan sayang nya aku terhadap anak-anak........ dan aku sanggup berkorban apa saja demi mereka....................

Wednesday, May 12, 2010

cerita hari ini.

13.05.2010.

after 4 days, my beloved hubby will be coming back... from outstation... today... alhamdulillah...
selama 4 hari, aku uruskan sendiri anak2.... nampak mcm rutin biasa, tapi dengan keadaan kesihatan aku yg tak menentu, aku sangat terasa 'ketiadaan' husband aku... tapi, aku sedaya upaya cuba mengawal perasaan marah terhadap anak2... kesian kalau marah sbb takde org nak pujuk.... aku cuba menjadi mama yg baik dan tak garang dlm 4 hari nih... alhamdulillah... marah pun sikit je, tp cepat2 aku cakap baik2.... dan bila nk tido malam, aku kiss dua2 puteriku.. dan aku tepuk2 diorang....

mama sayang anak2 mama... mama sayang kakak ngan adik... doakan untuk mama ya sayang.... doakan supaya mama terus menjadi ibu yang baik dan tak garang.... :)

Sunday, May 09, 2010

ucapan berharga seorang ibu...

09.05.2010

sekadar ingin berkongsi dengan semua...
ini sms yang kuterima dari ibuku tercinta, NORDINAR OTHMAN pada pagi 09.05.2010.....

"Terima kasih atas ingatan dan kasih sayang yang mak terima dari anak-anak mak.. bila hati terguris, cepat-cepat dipadamkan dari buku hati.. bila ada kegembiraan dan kejayaan, sama-sama diterjemahkan.. bila kesayuan dan kesedihan, air mata jadi peneman.. bila ada ada kesusahan dan kesakitan, dipendam sendirian.. itulah yang dinamakan kasih sayang isteri terhadap suami, ibu kepada anak menantu dan nenek kepada cucu-cucu tercinta.. begitu jugalah angah kepada suami dan anak-anak.. SELAMAT HARI IBU, luv u very much.."

sayunya hati ini membaca mesej ini...

mak, ampunkan segala dosa dan kesalahan angah pada mak selama mak membesarkan angah... sesungguhnya angah sangat sayangkan mak.... tak lama lagi, angah akn melahirkan cahaya mata ketiga.. bermakna, angah akan 'menyusahkan' mak lagi.... hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mak yang tiada tandingannya.....

"SELAMAT HARI IBU untuk semua sahabatku..."

Thursday, May 06, 2010

....

07.05.2010

hari ke lima jadi invigilator exam... tapi pagi nih rasa sangat tak larat... sakit pinggang... bila bgn berjalan, terasa perut sakit... adduuhhh.... rasa mcm nk amik time off.. tp keje tak settle lagi... ada 2 research kena marking.... apa nak buat ekkk.............. sakit kepala memang tak hilang2... dah 3-4 hari asyik sakit kepala jer.... aduhhh........

Tuesday, May 04, 2010

05052010

05.05.10

nice number of the date, rite?.. hehe...

hari nie, masih sakit kepala... tak tahan betul.. tapi terpaksa keje sbb markah student tak settle lagi... dan kejap lagi kena invigilate... tapi kali nie aku jadi ketua pengawas peperiksaan.. ish cuak jugak... first time nak kena jadi KP...
mudah2an segalanya berjalan lancar nanti sepanjang waktu peperiksaan... from 215 to 515...

adusss... sakit kepala nih apa ubatnya??

Monday, May 03, 2010

happy besday my dear!!

04.05.2010

happy besday my hubby dear.... alhamdulillah... hari ini suamiku genap berusia 37 tahun... dan dalam kehidupan ini, segalanya sempurna..........

aku doakan semoga segala yang suamiku impikan, akan menjadi kenyataan dengan izin-Nya... dan semalam, kami sekali lagi ke hospital untuk pre-natal checkup... dan, melalui scan doktor, gender baby masih sama dengan apa yang dia nampak semasa kandungan ku berusia 4 bulan.. sekarang dah 29 minggu.. maknanya dah masuk 7 bulan.... baby sayang, kami semua menantikan kelahiranmu dengan bahagia......... papa cukup seronok dengan kehadiranmu sayang........

hujung minggu nanti, insya Allah papa, mama dan kakak-kakak akn shopping barang keperluan baby okay.... :)

Sunday, May 02, 2010

tinta pertama 2010..



03.05.2010




nampaknya, ini tulisan pertama ku untuk tahun 2010...

memang jelas aku bukanlah seorang penulis yang setia... hanya bila ada masa, aku menulis... dan kebanyakan masa, aku tidak menulis... walhal terlalu banyak yang boleh kuabadikan di blog ku ini...

tahun 2010... permulaan sesuatu yang baru dalam kehidupan ku.... aku tinggalkan kolej islam antarabangsa.. setelah 7 tahun berkhidmat... dan aku memulakan karier di tempat baru pada 11.01.10, di sebuah universiti yang hebat di Malaysia... Universiti Teknologi MARA... universiti tempat aku melanjutkan pengajian sarjana ku... tidak ku sangka, akhirnya aku mencurah bakti di universiti kesayangan ramai ini...

di kampus puncak alam, fakulti pengurusan dan teknologi pejabat... di sinilah aku.... akhirnya setelah 7 tahun berulang alik ke tempat kerja yang jauh, aku dapat menikmati kesenangan bila tempat kerja dekat dengan rumah.... alhamdulillah.... rutin ku juga berubah 100%... aku yang menguruskan anak2 waktu pagi, mandikan, siapkan baju dalam beg, hantar ke nurseri.... nuryn pegi sekolah dengan van, sebab nuryn sekolah petang...

tahun 2010, nuryn pun dah mulakan sekolah... darjah satu... di sekolah kebangsaan bukit jelutong... dah besar anak mama... mylla pun dah semakin cerdik.. semakin banyak celoteh...

tahun 2010 juga akan menjadikan satu tahun yang akan dikenang, bilamana ahli keluarga ku akan bertambah... insya Allah dalam bulan julai nanti, akan lahirlah cahaya mataku yang ketiga... alhamdulillah.... mengikut scan doktor, akan lahir bayi yang sememangnya kami nanti-nantikan... tapi apa pun, segalanya Allah jua yang menentukan.... aku dan suami hanya mampu berdoa dan berharap.... namun aku tetap menerima apa jua pemberian Mu ya Allah... sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui......