inilah dunia ku...

ingin ku berkongsi cerita.. suka dan duka....
-----------------------------------------------------

Sunday, May 02, 2010

tinta pertama 2010..



03.05.2010




nampaknya, ini tulisan pertama ku untuk tahun 2010...

memang jelas aku bukanlah seorang penulis yang setia... hanya bila ada masa, aku menulis... dan kebanyakan masa, aku tidak menulis... walhal terlalu banyak yang boleh kuabadikan di blog ku ini...

tahun 2010... permulaan sesuatu yang baru dalam kehidupan ku.... aku tinggalkan kolej islam antarabangsa.. setelah 7 tahun berkhidmat... dan aku memulakan karier di tempat baru pada 11.01.10, di sebuah universiti yang hebat di Malaysia... Universiti Teknologi MARA... universiti tempat aku melanjutkan pengajian sarjana ku... tidak ku sangka, akhirnya aku mencurah bakti di universiti kesayangan ramai ini...

di kampus puncak alam, fakulti pengurusan dan teknologi pejabat... di sinilah aku.... akhirnya setelah 7 tahun berulang alik ke tempat kerja yang jauh, aku dapat menikmati kesenangan bila tempat kerja dekat dengan rumah.... alhamdulillah.... rutin ku juga berubah 100%... aku yang menguruskan anak2 waktu pagi, mandikan, siapkan baju dalam beg, hantar ke nurseri.... nuryn pegi sekolah dengan van, sebab nuryn sekolah petang...

tahun 2010, nuryn pun dah mulakan sekolah... darjah satu... di sekolah kebangsaan bukit jelutong... dah besar anak mama... mylla pun dah semakin cerdik.. semakin banyak celoteh...

tahun 2010 juga akan menjadikan satu tahun yang akan dikenang, bilamana ahli keluarga ku akan bertambah... insya Allah dalam bulan julai nanti, akan lahirlah cahaya mataku yang ketiga... alhamdulillah.... mengikut scan doktor, akan lahir bayi yang sememangnya kami nanti-nantikan... tapi apa pun, segalanya Allah jua yang menentukan.... aku dan suami hanya mampu berdoa dan berharap.... namun aku tetap menerima apa jua pemberian Mu ya Allah... sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui......

No comments:

Post a Comment